Sunday, 24 November 2013

3.

selamat pagi Ahad.

Positifkan diri sendiri aje lah bila apa yang kau pernah ada dengan tiba tiba nya menjauh. Perit, ya aku tahu. Tidur terjaga jaga jadinya. Bila terlintas, mula lah nak pecah empangan kat mata tu.

Aku fikirkan mana logiknya hati berubah sekelip mata gitu je. Si punya badan tak rasa sedih macam apa aku rasa? Capai Quran baca dan terus baca. Niat nak tenangkan hati sampai aku doa kat Maha Esa mohon hilangkan rasa sayang.

Tapi sampai hari ni rasa sayang rindu masih huni hati aku. 

Sedangkan kau lepas tangan tanpa hirau apa aku rasa.




Doa tak makbul atau aku harus usaha untuk kita?


Mungkin doa tak makbul. Aku banyak dosa kot selama ni ingkar perintah Maha Esa tu selalu je.


Mungkin aku kena usaha ambil hati kau balik. Mungkin. Kadang kadang Maha Esa mahu kita usaha apa yang kita nak.


Positifkan diri,  aku akan usaha untuk kita.


Rabbi yassir wala tuassir. Rabbi tammim bikhair.

No comments:

Post a Comment